nuff

Wednesday, August 24, 2011

Ramadhan ke 25

Salam ramadhan..dah ramadhan ke25 dah..dan tak lama lagi bulan yang mulia ni akan berlalu pergi..sayu ja nak lepaskan dia pergi..harap-harap kita diberi peluang untuk ramadhan yang akan datang..amin..

dalam kesibukkan orang tengah sibuk buat kueh raya, sibuk kemas rumah, mengecap sana sini..aku plak sedang menanti waktu untuk pulang ke desa tercinta..ceh macam aku sorang plak nak balik kampung..haha..macam biasa lah, rutin nak balik kampung ni, kemas barang seawal mungkin..esaited sangat..tapi kali ni rasa lagi esaited nak balik kampung..sebab nya nak raya, lagipun dah dekat 3 bulan cek tak balik kampung kot..rindu kott..ta pa ta pa, kali ni memang nak balas dendam balik kampung..nak mintak duet raya banyak-banyak..tahun ni la tahun terakhir nak punggut duet raya..haha..gunakan kesempatan yang ada..

semoga perjalan satgi berjalan dengan lancar dan terhindar daripada malapetaka..permudahkan segala urusan perjalan kami ya ALLAH..


tak celuih beg nak buh baju raya..yg penting beg galas tu mang ta bleh blah..made by LPPKN..grr

yang ni barang yang mesti ada walau di mana berada..hehe


ni bukan nak jual brooches na..ni bekalan ni..

p/s: picxa ta edit lansung,,grr..


Friday, August 12, 2011

Dreaming

RAMADHAN KE 13
bulan-bulan puasa ni bila tak makan minum merapu mula menguasai diri..kalau cakap banyak plak buleh jadi makruh puasa..tapi kalau cakap dalam blog tak bersuara kan..tak makruh la kan..alaa bukan cakap lucah sangat pun..huhu
oke tak nak buang masa berjela..
korang pernah tak terpikir setiap apa yang korang inginkan..contohnya, bf/ gf atau kawan yang macam mana yang korang impikan dalam hidup korang..
aku tetiba terpikir pasal ni..

sahabat pilihan aku:;
1. susah nak dengar dia bergosip tentang kawan-kawan yang lain.
2. tak bangga diri..low profile abes.
3. tak mengongkong..
4. tak sibuk hal aku.
5. buleh terima aku seadanya (tak memilih kawan)
6. kawan yang ada bila kita senang dan tak lari bila kita susah..(kwn sejati)
:: tappppi peringatan aku bukan memilih kawan tapi aku cuma nak kan kawan yang macam ni, tak pernah pun nak pilih memilih kawan macam tukar shawl..tak..cuma kadang-kadang tak ramai kawan yang kita kawan baik dengan kita, jujur dengan kita, yang tak pernah gosip pasal kita beribu member2 kita kat fb, tak suma yang ada bila kita perlukan dia..aku pon tak sempurna itu..

bakal suami pilihan, grr:
1. jujur
2. setia
3. pandai ambik ati orang tua aku
4. selalu ambik berat pasal kehidupan aku
5. tak pernah anggap kawan aku orang asing dalam hidup dia..kwn aku kwn dia, kwn dia kwn aku..
6. berkerjaya, kalau boleh biar lah dalam bidang yang sama.. :D
7. tak pernah halang apa yang aku suka, hobi.
8. terima aku seadanya.
9. hansome
10. poket tak kering utk mybank lah!...HAHA..

ermm..dah la tu untuk ari nih,, compom sapa pun tak hingin kat aku pas ni... :X

Friday, August 5, 2011

Ronggeng posa

salam ramdhan suma..
hangpa posa dak ari ni??
uit da 6 hari puasa dah ni an..hope bagi yg mampu tu korang dapat posa penuh la..untuk lelaki sahaja oke..heheh..
lagi 23 hari lagi nak raya kan..haa? apa persiapan raya korang..tak kisah la walaupon nmpak cam lambat lagi nak raya kan..tapi aku sure la mesti ramai dah berbeli belah untk raya ni kan..haha..macam gempak jea kan..
ermm aku masih tak beli apa habuk pon barang yang berkaitan dengan RAYA..tak da masa lagi!
kerja, keja dan keja sampai xdan nak buat apa pon aih..apa pon tak buleh..nasebbek raya ni dapat gak balik kampung walaupon sat..hurmm dan la nk bernyawa sat kat sana..tu pun UNTUNG LAAA...

ramadhan kali ni tak semeriah cam tahun2 lepas..kehidupan yang tak menetu la sgt..kadang-kadang berbuka kt celah-celah kesibukan hospital..as a student nurse, tak da tempat special..berbuka di tepi kaki lima ward..serius!..tapi bersyukur, walaupon keadaan yang sangat sukar di terima, tapi Tuhan bagi kesenangan buat kami..suasana yang tenang bila berbuka..angin laut cina selatan yang sepoi2 bahasa menghinggap kami, walaupun makan tak sehebat mana perut tetap kenyang..wah..tu adalah pengalaman yang tak ternilai jugak la kan..indah! biar pon memikir suasana berbuka puasa di kampong yang berbuka dengan makanan yang bagai, tapi aku ngan kawan-kawan cuma mkan nasi bungkus yang beralaskan polestrin..aku tetap bersyukur, sesungguhnya ada lagi orang yang lebih susah dari tu..huhu(..tetiba datang sesi menginsafkan diri pulaks..)

ermm..actl, today adalah hari off day aku..huaaha..ni la time nak relax mental..nak enjoy la jugak..kuar ronggeng2 jap..hehe..esok dah la masuk emergancy la pulak (tempat plg damn skali lah..arghh)..siap sedia utk ketahanan mental dah fizikal..oyeehh!
jom-jom kuar ronda-ronda!



Wednesday, August 3, 2011

#1 Wordless Wednesday

~ rindu kg halaman & incik kereta yg berjasa. full stop!

Monday, August 1, 2011

Kelebihan bulan RAMADHAN

assalamualaikum..

Bulan Ramadhan Al Mubarak yang sedang kita berpuasa ini adalah bulan yang penuh dengan keberkatan dan banyak limpahanan rahmat di dalamnya. Banyak kelebihan yang terdapat dalam bulan yang mulia ini. Di sini saya ingin berkongsikan dengan anda di antara beberapa kelebihan yang terdapat pada bulan Ramadhan ini berbanding dengan bulan-bulan islam yang lain.

1) Bulan Ramadhan adalah bulan keampunan. Di dalam bulan ini segala dosa akan diampunkan oleh Allah jika kita banyak berdoa dan memohon ampun kepadaNya. Setiap dari kita yang bernama manusia sudah tentu tidak terlepas dari melakukan dosa-dosa semasa hidup di dunia ini. Ambillah keberkatan yang ada pada bulan ini dan ikhlas memohon kepadaNya supaya dosa-dosa yang telah dilakukan akan diampunkan.

2) Bulan yang ada padanya Lailatul Qadar. Lailatul Qadar adalah malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Malam yang paling baik ini dikurniakan kepada umat islam untukmendapatkan keampunan dari Allah dan mendapatkan pahala melalui amalan yang dilakukan pada malam tersebut. Segala amalan yang dilakukan pada malam ini akan digandakan pahala amalannya.

3) Bulan yang padanya permulaan penurunan Al Quran. Al Quran kitab suci agama islam yang menjadi mukjizat sehingga ke hari kiamat. Al Quran adalah pembimbing kepada umat islam agar tidak tersesat dalam hidup mereka selagi mereka terus berpegang kepada kitab suci ini. Pada bulan Ramadhan ini kita sangat-sangat digalakkan untuk memperbanyakkan bacaan Al Quran untuk mendapat ganjaran pahala yang besar.

4) Bulan pintu syurga dibuka dan pintu neraka ditutup. Pinta syurga akan dibuka seluas-luasnya dan pintu neraka akan ditutup serapat-rapatnya. Ianya adalah sebagai tanda kemuliaan bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan. Syurga adalah tempat yang di idam-idamkan oleh semua orang pada hari akhirat nanti.

5) Bulan tiada syaitan yang bermaharajalela. Pada bulan yang mulia ini syaitan-syaitan akan dibelenggu. Tiada lagi makhluk yang bernama syaitan yang akan menghasut manusia ke arah kemungkaran. Tapi manusia masih mempunyai nafsu untuk dihalang agar dijauhkan dari melakukan kemungkaran.

6) Bulan pahala amalan dilipat gandakan. Segala amalan kebaikan pada bulan ini akan digandakan amalan kebaikan tersebut. Pada bulan ini kita sangat-sangat digalakkan memperbanyakkan amalan sunat seperti sedekah, selawat, berzikir, membaca Al Quran dan banyak lagi amalan-amalan lain. InsyaAllah segala amalan yang kita lakukan akan dilipat gandakan oleh Allah.

7) Bulan yang agung dalam islam. Bulan Ramadhan adalah bulan yang paling mulia berbanding bulan-bulan islam yang lain. Ini kerana pada bulan ini banyak keberkatan dan rahmat Allah yang dikurniakan kepada hamba-hambanya..

Posa datang lagi !

selamat menjalankan ibadah puasa ya!
tuudia, punya lama tak hupdate blog sampai dah posa dah..haha..
apa cer posa korang suma..happy? lapaq sangat tak hari pertama posa..haha..
harap-harap ok la noh..
hari pertama posa saya macam besa lah, tetap posa ngan kawan-kawan di perantauan lagi di hospital..
ermm..untung laaa sapa yang dapat buka posa ngan family..memang untung laaa..
apa nak buat kerja tetap kerja..hope pahala berganda-ganda lagi bila bekerja..


dan yang paling tak lupa jugak semperna 1 ogos ni adalah hari lahir bapa saya..
macam mana pulak saya buleh lupa..naseb bek my mum call tadi..aiyaa..
HAPPY BIRTHDAY pada bapa tercinta EN.Dzulkifli bin Jaafar.. semoga panjang umur murah rezeki..panjang umuq sampai buleh tengok anak- anak cicit dia nanti..haha..
sayang bapa sangat-sangat muahh..

Anda yang ke berapa: