nuff

Sunday, February 27, 2011

Beringat.

Dulu.... tyme skolah dulu, bawak duet belanja Rm3 pon da cukup..
Sekarang bawa Rm3,mau constipation la kat situ..makan nasi, sayur tak da, air pon tak da..

Dulu pegi sekolah bukan main lagi naik moto, biar pon xda lesen lagi..
Sekarang, pegi kolej naik bas kolej jea biar pon dah da lesen memandu sekali.. naik moto pon da gayat, asyik naik bas..

Dulu, bila kat umah buat salah sikit, mama membebel..mau gadoh jadi nya..
Sekarang wat apa pon, suka ati ko..mama tak nampak apa aku wat..mama jauh..

Dulu, hari-hari dapat makan masakan mama..ruang rumah tu boleh pecah bau masakan mama..
Sekarang, hari-hari bertepek muka kat kedai makan.. alih-alih maple, warong, kfc, mcD..

Dulu, bila pakai baju jea, tanggal campak dalam bakul jea..nanti mama basuh..
Sekarang, kalau nak berkulat baju tu try la wat camtu..basuh sendiri la..kawan-kawan tak sama cam mama ko cyeda..

Dulu, bila rumah bersepah jea, comfirm mama bising..memang kemas rumah kalau hari-hari mama bising..
Sekarang, ko nak sepah ke lantak ko lah..umah kotor ke bersih janji boleh tido..haaa..

Dulu, aku tak pernah rasa rindu pada family, sebab mereka dekat ngan aku..perlu ke rindu..
Sekarang, tak tepuk tampar ngn adik, tak tolong mama kat dapur, tak bercerita kat bapa seminggu pon da jadi tak keruan..kepala asyik memikir kan kampung..

Dulu, bila bangun tido lambat, siap la ko cyeda..mau pecah pintu bilik bila mama dan bapa bebel..
Sekarang, relex gila..tak da sapa nak halang..kawan-kawan? sekepala..haha..apa kisah..kuar malam tak balik umah pon ko punya hal la..

Dulu, kalau kat umah, mama nak pegi mana pun mesti ajak aku..aku la yang selalu teman dia..
Sekarang, bila aku jauh dari dia, dia dah sunyi..tak da sapa yang dapat luang masa lebih ngan dia.. T_T

Dulu, setiap masa boleh tengok muka mama, bapa..
Sekarang, nak col mama pon da jarang..asyik mesej & col Bf jea setiap masa..

err..ni kah yang di kata kan berdikari, walaupon hari-hari makan biskut mery..herr..
aku rindu family aku..



Thursday, February 24, 2011

Kawan Baik..

Bukannya senang nak cari kawan yang baik.

Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik.

Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya.

Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya.

Sebaliknya kawan yang baiklah yang paling banyak membantu kawan baiknya untuk mencapai kejayaan.

Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baiknya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia.

Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baiknya untuk berbuat kebaikan.

Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira.

Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa.

Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baiknya untuk sentiasa berada di sisinya.

Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baiknya untuk berkawan dengan kawan yang baik.

Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baiknya mempunyai ramai kawan baik, kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baiknya.

Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baiknya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.

Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna.

Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baiknya.

Kawan yang baik akan memanjangkan naskhah ini kepada kawan-kawannya, bukan kerana terpaksa, bukan kerana suka-suka, tetapi untuk dijadikan pedoman oleh kawan-kawannya supaya dapat menjadi kawan yang baik kepada kawan baiknya.

Dan kalau kita nak dapat kawan baik yang baik, kita mesti lebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik kepada kawan baik kita.

Dan semoga kita menjadi kawan baik yang baik.

hanya peringatan utk diri sy sendiri dan semua.. sy bukan kwn y terbaik.. tapi akan menjadi lebih baik dr sblm nye.. INSYAALLAH..


Wednesday, February 23, 2011

Meh belajar bahasa utara

wii..pelajaran ari ni adalah mari belajar cakap bahasa utara..sesapa yang lidah keras nak cuba cakap bahasa utara ni sila, rendam lidah dalam minyak masak panas yea..hee..ok meh belajar bahasa utara..try sebut yea..

habaq = gtau
qheyak = menanggis
loqlaq = tak senonoh
galak = gedik
kutey = cubit
belambak = banyak
gamak = sampai hati
awat = kenapa
pedai ayam = mangga (kunci)
beretoh = berlaga
motong getah = menoreh getah
cemiuh = bosan
haqing = hancing
ketegaq = degil
gerek = basikal
geqik @ tokak = gigit
lecah = becak
lapaq ayaq = dahaga air
hangpa = korang
depa = mereka
merap = manja
menyorok = sarapan
sua = hulur
kedaqah = melantak
balon = pukul
pungai @ hawin @ lempaq = baling
mengai = mengail
tak dan dan = tak sabar
ka? = ke?
kawaq = pencuri
cewi = teruja sesuatu benda yang baru
pedo = cover
dak = tak
lagu ni = macam ni
nala = tersangat
darai = pondan
toyu = kicap
ayar acaq = lumpur
kalut = kelam kabut

hee..lagu mana? boleh sebut dak? ka nak tercabut gigi pasu dah? hehe..oke..selamat mencuba noh..




Monday, February 21, 2011

Saya Nak Join Entry Dalam Yuyu Zulaikha

OKE..ni segment yuyu zalikha pulak..sesapa nak join meh kita join..syarat?ini syarat syarat nya :

  1. buat satu entry bertajuk " Saya Nak Join Entry Dalam Yuyu Zulaikha"
  2. tepek header yuyu dan linkkan ke entry yuyu
  3. bagitau, kenapa korang nak sangat join mende ni.
  4. dah publish, bagi URL entry korang tu, ke komen entry yuyu..
tapi kowang, yuyu zalikha nak berapa orang jea tau..

oke..okeh..yuyu tanya kenapa saya nak join sangat benda nih eh..sebabb:
  • saya tak penah lagi join segment berkaitan yuyu zalikha lagi..first tyme nih..nak cuba-cuba..boleh tak eh..
  • nak promote yuyu pada follower lain..hehe..agaknya sapa la tak tahu sapa yuyu zalikha tu..aiya..
  • nak sahut cabaran yuyu walupon blog saya tak meletup macam blog lain..boleh ke join..suka-suka ati je tak malu saya nih..

Sunday, February 20, 2011

Terjah..terjah..


eii..masa ta banyak untuk bercerita panjang berjela..maaf..oke..tadi pegi blogwalking kat blog incik hasrulhassan..hehe..act ada jugak la tunggu-tunggu entry incik hasrul tentang blog cabuk ni..huhu..tapi tadi bila walk kat blog beliau..beliau da postkan entry tentang blog saya nih..wahh..kembang rasa bila ada orang buatkan entry untuk kita..terharu..
terima kasih incik hasrul..katanya saya ni mengikut perkembangan ye..oyeah seronok tengok orang lain seronok saya pon nak jugak..
ok apa, remaja sekarang dah maju..mula berkembang, tidak la macam dulu..sekarang dunia pon dah maju..blog, facebook, twitter da jadi rutin harian kot..hehe..wahh asalkan jangan buang masa yang tak berfaedah dan abaikan apa yang penting dalam hidup dah la kan..
sesungguhnya hidup umpama kapal terbang kertas..kalau kita tak tiup xkan terbang kapalterbang kertas tu..kalau kita tak pandai corakkan hidup kita, camna nak maju..

oke..cukup untuk setakat itu entri untuk petang nih..bersiap sedia untuk ke kelas anatomy..yeeahh!!

Hasil photoshop


1. terpotong sudah..

manipulasi photoshop

2.pilih-pilih..

manipulasi foto

3. mari melompat..

manipulasi foto

4. doctor diri sendiri..

manipulasi photoshop

5. menu hari ni, masak lemak jari cili padi..yummy..

manipulasi foto

6. tangan sapa pulak tertanggal ni.

gambar aneh

7. cara iron baju yang mudah lagi pantas..

manipulasi photoshop

8. ada berani makan telor nih?

manipulasi foto

9. main kasar nih..

manipulasi foto

10. 3 dalam 1..

foto aneh

11. mana gua punya kaki ha?!

manipulasi foto


Saturday, February 19, 2011

Terima kasih daun keladi

Yehaa..saya blogger baru kat sini..semalam saya ada masuk segment abg Ben..ala abg Ben tu, sapa tak kenal angkat tetikus oke..huhu..
dalam segment tu, blog saya telah di promote oleh abg Ben..ha ni dia..kalau tak nampak klik pix ni untuk besar kan..saya yang nomber 17 tu..



time kasih wahai abg Ben..traffic blog saya da naik sket..huhu..



Friday, February 18, 2011

SEGMENT 2 DALAM 1: KHAS BUAT BLOG PUNYA FOLLOWER

Hype reader..meh-meh kita join segment abg BEN ni..ni first time aku join segment abg BEN..tak pernah lagi join..almaklum lah aku baru nak berjinak-jibak dalam dunia blog..abg Ben pun tak kenal aku..tapi demi abg ben, aku buat la..kategori pertama , khas untuk dibawah 100 FOLLOWER..


oke.. senang je tuk kowang buat kalau kowang berminat:

  • Sila letak header BEN ASHAARI BLOG
  • Tajuk : SEGMEN 2 DALAM 1 : KHAS BUAT BLOG PUNYA FOLLOWER dan linkkan ke sini
  • Pastekan url entri anda tu di ruangan komen dan jangan lupa , PASTIKAN TULIS SEKALI KATEGORI 1 atau 2 selepas , url tu....
haa..mudah kan..ni plak syarat nya:

2 kategori blog yang punyai FOLLOWER , sekaligus ..

  1. kategori pertama , khas untuk dibawah 100 FOLLOWER ( yang tak pernah join segmen ni lagi )
  2. kategori kedua , khas untuk blog yang punya FOLLOWER lebih dari 1500 ....( 1500 keatas )..

    oke..selamat mencuba..

Blog Ini Buat Anda

Salam semua..
sesaapa blogger baru kat sini yang baru nak berjinak-jinak dalam dunia blog jum klik kat blog Bangku kosong..abg hasrulhassan ni sebenarnya nak kenal dengan blogger baru cam saya dan ramai blogger yang baru join blog tahun ni..hee..meh ramai-ramai join segment ni.


oke..pengajur nak jawapan ni dari blogger..

1.Bagaimana anda boleh mula berblog?
Mulanya, saya tak tahu menahu pon tentang dunia blog yang kian hangat pada masa sekarang. Dah lama tu, bila tengok kawan-kawan punya entry, mula la jatuh hati nak berblog nih..kenapa? sebab kadang-kadang blog ni ada manfaat jugak..kita boleh share penulisan kita pada orang lain..sekurang-kurangnya kita tak da la buang masa yang tak berfaedah kan..


2.Kenapa anda berblog?
kenapa? bila kita pandang dari sudut kebaikan blog, banyak faedahnya..cam saya cakap tadi,bila kita berblog tak da la masa kita terbuang dengan aktiviti yang tak berfaedah kan..pastu kita juga dapat meningkatkan lagi tahap penulisan kita..kan?banyak la kalau nak ikutkan..


3.Selama mana anda ingin berblog?
InsyaALLAH..selagi mampu menaip selagi tu la saya akan berblog..tak menaip pun dapat gak blogwalking kan..hee..saya akan menmanfaatkan dunia blog.. :)

:Oke da selesai..terima kasih pada abg hasrulhassan sebab adakan segment seperti ni..


Wednesday, February 16, 2011

Perlu ke tak

gud m0rning alls..heee..pa pendapat kowang tentang blog yang da lagu..serabut ke?rasa perlu tak sesatu blog tu ada lagu..contohnya cam blog aku ni..apa pendapat kowang ye??
Oke..thank..sekadar bertanya..
<3

Tuesday, February 15, 2011

OH Dunia misi

Hype readers..oke..sebelum mulakan cakap-cakap kosong ni thank tuk kowang yg baca blog buruk ni..rasa cam da lama ta mengadap blog nih..tak da masa..banyak assigment yang berbagai..dunia bakal nurse camni la..ingat doctor jea ke nak buzy-buzy..nurse lagi buzy dari doktor tau..kalau kat hospital la..huhu..ta caya? terpulang..haha..

dulu masa aku kecik-kecik, aku sangat tak suka pada misi-misi..sangat takut..bila tengok misi jea rasa cam jantung tuh cam ta dapat oxygen sepenuhnya..tak tau la kenapa..masa tu kalau pasal misi tu pikir cam pembunuh tau..haahh..pelik jugak camna la masa tyme kanak-kanak rebina perlu berfikiran camtu..aku pasti kowang pon camtu gak kan dulu..mau tak nya, bila sebut pasal jarum jea mesti pikir pasal misi..tak da plak pikir sal doktor nak cucuk..almaklum la, mak bapak aku suka gertak aku la konon dulu-dulu bila aku nakal kat klinik or kat spital..kononnya kalau aku nakal nati misi cucuk..haha..yang aku pon takut la sangat...

oke..tu suma dulu..jauh dari umur aku sekarang..perkara sedemikian tak lagi aku rasa..da besar doe..sekarang, amik ko aku da tak takut la cam dulu..sekarang aku da lalui kerjaya seorang student nurse..ta lama lagi jadi nurse..hahh..masa skolah sumpah aku tak pernah terfikir yang aku akan jadi nurse..ta da rasa pon nak jadi nurse..tak sangka la sangat nak jadi nurse..tak mungkin la masa tu..haah..sekarang aku dah lalui jurusan nih..ntah pa yang aku kena rasuk ntah bila aku terima tawaran dalam jurusan ni mula-mula tu..mak bapak aku pon cam pelik-pelik jea..buang tebiat sangat ke anak dia..dia kenal sangat anak pompuan dia ni bukan cam owang lain..ganas semacam..maklum la,dalam family sumanya laki.aku pompuan sowang, mana nak datangnya kelembutan aku ni..

after that..aku tekat nak ambik jurusan ni..owhh..baru aku tau..nurse itu seni, simple..paham ke? nurse tu sungguh indah..sungguh mulia..bukan setakat rawat orang..boleh jadi pengajar kepada patient..boleh cuci berak patient lagi..sapa sanggup??comfirm kowang tak sanggup kalu kowang bukan dalam bidang ni..kalau kowang sanggup..tabik spring aku bagi kat kowang..sumpah and ikhlas dari ati aku...hati akan tenang sangat kalau dapat bantu owang yang perlukan..kita ni amat bertuah kerana di beri kesihatan yang sihat....so tak rugi la kalau kowang di profesion nih..aku dulu pon tak suka ngan benda kotor..jijik ngan muntah..najis..tapi tu lah permainan aku sekarang dan akan datang..tak da halangan lagi bagi aku sekarang..insyallah..

SESUNGGUHNYA..I'M PROUD TO BE A NURSE!! peace ~_*




Wednesday, February 9, 2011

Big thank

yeahh..walaupon curi-curi masa menaip entry ni, sebelum tido..saya nak ucap bebanyak terima kasih pada semua yang wish bufday saya..9 februari..
tepat kul 12 mlm semalam wah, nfon ta henti-henti masuk sms..suma dari kawan kawan yg wish..
wah..bila buka fb,wah lagi ramai..beratus yang wish..thank dear!
oke..actually wish yang paling terharu saya tima dari my mum la..huhh..tak terkata bila baca text dari beliau..terus menitis air mata..terharu sangat bagi saya..biar pon cam ta da pa2 bagi korang bila baca ni..

text dri my mum "selamat hari lahir.semoga berjaya di dunia dan di akhirat.mama doakan.amin"

and aku reply ceni "terima kasih kerana kandungkan dik on selama 9 bulan 10hari"
thankz ma, bertapa semangat nya ari ni kerana text tu..huhu..

ta lupa jgak pada member2 bloger kat cini yang ta lepas peluang wat entry untuk saya..terima kasih sangat sayang! luv u..klik ni:


okeh..semperna bufday saya yang ke21 ni..saya bersyukur pada Tuhan kerana masih memberi peluang untuk saya bernafas sehingga hari ini..thank pada bapa dan mama!!

Tuesday, February 1, 2011

Just upload..

location: kl _ gH
date: january, 29 - 30 , 2011
mo0d: holiday..
















Anda yang ke berapa: